Ok let we start the story molyy nih.
Minggu Destini Siswa @ MDS . Beretempat di Puncak Alam. Sebeum aku pergi lebih jauh, meh aku cerita pasal pendaftaran pelajar ke kolej . Kalau perempuan akan ditempatkan di Kolej Rafflesia 1,2,3,4,5,6. And boys , Angsana 1,2,3,4,5. Mean semua 11 kolej. Time batch aku, bilangan pelajar sisiwi ada sangat ramai. So ,then kolej tak cukup. Terpaksa lah insan2 yang bertuah ini berpindah ke Kolej Angsana. Kesian la wehhh :3 So, aku sarankan for the next generation , datanglah awal2 untuk pendaftaran kalau tak nak dapat kolej lelaki.
Disebabkan aku punya lah semangat gila nak masuk uitm Puncak Alam ni, lepas subuh je terus aku pegi sana *aku tipu . Sampai je kat sana terus daftar. And for those yang nak member sebilik , meh aku bagi tips. Kalau boleh, datang awal dan daftar sama-sama. Kalau tak dapat jugak, kenyit mata sikit kat orang yang bertugas tuh *sapabuatdiagatal . Pada hari itu juga, tiada penyerahan borang-borang. Orang yang bertugas cuma memberikan student envelope dan 3 kunci (rumah ,bilik,locker). So , boleh lah kemas2 barang, mop lantai segala bagai..... Around 3 o'clock , semua siswi diminta untuk berkumpul di bawah kolej masing2 untuk di beri tagging. Wee. I got C1. First group tuh ! Apa yang untungnya, kami makan first sekali ok. Kesian jugak pada group belakang2, mesti ade je yang dapat nasi sikit, lauk sikit...
BERMULANYA MDS PUNCAK ALAM JUNE 2013 >>>>
Pada
malamnya, student kena buat checklist untuk pendaftaran esok. Means
that , para PM nih tak nak ada sebarang kesulitan berlaku semasa
pendafataran. For those yang ada tercicir borang, boleh dapatkan yang
baru, yang belum buat pengesahan untuk salinan segala bagai tuh boleh
dapatkan cop dan tandatangan, ada disediakan kaunter kat situ. And siapa
yang belum ambil gambar, ada jugak disediakan khidmat fotografi. SEE !
Betapa baiknya lah warga-warga UITM nih. Kasi tabik spring la ! So,
keesokannya semua student asasi mendaftar. Alhamdulillah, semuanya
berjalan lancar. Tak sia-sia kitorang tidur pukul 3 pagi then bangun 5
pagi =='
Tentang
kakak and abang PM (pemimpin mahasiswa) baik-baik belaka. But, certain
PM ada yang garang especially Biro SDK (disiplin) . Mereka ni lah yang
mengejutkan kami bangun sebelum subuh . Biro yang terbaik is BIRO
PROGRAM. Semua aktiviti yang di jalankan semuanya happening . Antara
game nya : Break Clap, Jambatan Runtuh, Banana Shake, Karipap, Si Tommy and banyak lagi. Seperti kembali ke zaman kanak-kanak ribena. weeee :D
Malam penutup untuk Minggu Destini Siswa sangat best!
. Abang2 and Kakak Pm yang garang-garang tuh tetiba jadi baik gila
malam tuh. The trio Abang Jebat, Jimmy dan Shah sangat gempak. Every
single word yang diorang cakap mesti buat student kat sini gelak gila2.
Tahun nih, mostly our PM dah nak graduate. huhuhu. Hopefully, the will
come once again.
Selapas
penutupan malam tuh, bermula lah perjalanan student2 Asasi Sains dan
Kejuruteraan untuk kembali menimba ilmu. Aloo. Baru je cuti SPM, rasa
sekejap sangat. Bila tengok jadual kuliah, pehhhhh. PACK yang amat.
Memang susah nak curi masa update blog xD Senior ada pesan, kena
struggle dari Semester 1 and jangan hilang fokus. Nak becintan-cintan
tuh tolong tolak ketepi . Nak online Facebook pon dah tak sempat. Bukan
tak sempat, memang kena block pon dekat sini. Ok. Redha :)
A few pictures to share :
Bilik ku. Cadar yang warna pink tuh comel kan :P
Dalam sehari ,2@3 kali naik turun tangga nih.
Aku jamin , segala lemak-lemak degil terbakar.
Ok. pada sesiapa yang tak nak sesat macam aku, sila lihat peta diatas untuk guide korang.
Credit picture to akak senior :)




Hai nk tanya, nanti masa hari pendaftaran cemana ea pembahagian bilik ? Masa bila diserahkan kunci ? Kalau nk dapat sebilik dengan member cemana ?
ReplyDelete